Amir Hamidi Dalam Talian - Penulis Pekak
   
 
Gebang Kopi

Penulis bersama sahabat-sahabat Pekak, Ong Shin Ruenn (kiri) dan Phillip Pong (kanan).

Pasukan Pekak Utara menakluki Bukit Broga
Oleh Amir Hamidi
10 Disember 2009

Bukit Broga mempunyai keunikan dan daya tarikan tersendiri. Hal sedemikian bersandarkan tinjauan penulis yang telah mendaki bukit tersebut dengan sahabat-sahabat Pekak baru-baru ini.

Lalang merupakan tumbuhan utama di atas puncak Bukit Broga. Ini telah menghasilkan daya tarikan untuk memperindah kawasan puncak tersebut dan menjadikan setiap gambar pemandangan yang diambil lebih menarik lagi.

Sekiranya penulis tidak tersilap, Bukit Broga boleh dikatakan sebagai satu-satunya bukit yang berlalang di negara ini. Bukit ini terletak di kawasan bersempadan Selangor - Negeri Sembilan dan berhampiran dengan University of Notthingham, Semenyih.

Dengan panduan perjalanan yang dikirim oleh Sumaizita, kenalan penulis dari Facebook, penulis, Phillip Pong (Pulau Pinang) dan Ong Shin Ruenn (Taiping) bergerak melalui bandar Semenyih dan berhenti di ladang kelapa sawit berdekatan ladang arnab yang terletak kira-kira 1 km dari pekan Broga.

Pendakian bukit itu agak mudah dan tidak menyebabkan kesesatan jalan kerana terdapat lorong yang terang. Perjalanan ini melibatkan tiga kawasan, iaitu ladang kelapa sawit, kawasan hutan dan kawasan berlalang.

Kumpulan penulis kurang cergas pada ketika itu dan terpaksa mengambil kira-kira satu jam dari jam 9 pagi hingga 10 pagi untuk sampai di puncak bukit itu.

Ong Shin Ruenn kerap berhenti dan berehat kerana kepenatan akibat kekurangan stamina manakala Phillip Pong yang masih demam rendah pula termuntah dua kali.

Lebih menyeksakan apabila kumpulan penulis terpaksa menahan panas terik matahari dan banyak berpeluh dalam menjalankan penggambaran pemandangan akibat ketiadaan pokok di atas bukit itu.

Selepas pendakian itu, kumpulan penulis memecutkan perjalanan menuju ke Hutan Lipur Sungai Tekala yang terletak kira-kira 15 km dari bandar Semenyih.

Di hutan itu, penulis dan sahabat-sahabat melengkapkan kelegaan dan menyejukkan badan dengan air sungai sekali gus memadamkan kesan kepanasan dari Bukit Broga.

Pada pendapat penulis, masa pendakian Bukit Broga yang paling ideal dicadangkan ialah ketika waktu subuh yang membolehkan para pendaki merakam gambar pemandangan mahatahari terbit dari sebelah timur.

Penulis bercadang merancang satu lagi pendakian ke Bukit Broga sebelum waktu matahari terbit. Para pembaca yang berminat boleh menghubungi penulis dan menyertai kumpulan yang dibentuk pada masa yang akan datang.

Pemandangan di puncak Bukit Broga.
Blog Amir Hamidi - Penulis Pekak

FaceBook

PSD

SOPMA

Pautan CepatPenulis Blog Pekak Malaysia

BlogMalaysia.com

Valid XHTML 1.0 Transitional

Pelawat Hari Ini: 53
Pelawat Semalam: 268
Jumlah Pelawat: 115919
 
© 2004-2010 Amir Hamidi Dalam Talian. Hakcipta Terpelihara.