Amir Hamidi Dalam Talian - Penulis Pekak
   
 
Pena Diam
Rombongan Pekak Kelantan ke Perak
Oleh Amir Hamidi
16 Jun 2010
Mohd Suffian, AJK Penerangan PSD menerima cenderahati dari wakil Kelantan.

Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke negeri Perak Darul Ridzuan pada awal bulan Jun yang lalu serta menjadi persatuan Pekak yang pertama membuat kunjungan sosial ke Persatuan Orang Pekak Perak (PSD).

Namun demikian, penulis dan Setiausaha PSD, Kamarzaman Harun tidak berada di Perak ketika rombongan Pekak dari Kelantan yang terdiri daripada kira-kira 40 orang melawat PSD pada 4 hb Jun yang merupakan hari bekerja.

Afifah, Marliza dan Mohd Suffian selaku wakil PSD ditugaskan menguruskan sambutan rombongan tersebut di PSD dan kilang KAM serta memberikan perkhidmatan pandu arah pelancong di ketiga-tiga bandar bersejarah di Perak.

Dalam e-mel kepada penulis, Setiausaha PSD melaporkan:-

 

Salam sejahtera,

Ini adalah gambar-gambar yang dirakamkan oleh Afifah, sukarelawan yang membantu Persatuan Orang Pekak Perak (PSD) sejak dari perancangan awal hingga penyambutan lawatan rombongan Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK).

Rombongan berkenaan telah melawat ke pejabat PSD yang ditempatkan di kilang pengeluar pakaian milik usahawan Pekak, iaitu KymoAsia Apparel Manufacturer (KAM) di Ipoh pada 4 Jun yang lalu.

AJK PSD yang diberi tanggungjawab untuk menjadi jurupandu (tour guide) kepada rombongan POPK ialah Mohd Suffian bin Mohamed Zamberi, AJK Penerangan PSD. Beliau telah mengambil cuti untuk memberikan bantuan kepada rombongan tersebut selama tiga hari dan melancong ke Gua Tempurung (Gopeng, Perak), Taiping dan Lumut.

Pihak PSD telah menaja dan menyediakan makanan dan minuman untuk rombongan tersebut. Makanan yang dihidangkan ialah nasi lemak ayam berempah dan kuih-muih. Minuman pula ialah air mineral yang disumbangkan oleh pihak KAM.

Pihak POPK juga telah mengutuskan surat ucapan terima kasih atas layanan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak PSD sepanjang lawatan berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Kamarzaman Harun
Setiausaha PSD

Rombongan Pekak Kelantan bergambar di kilang pembuatan pakaian KAM, Ipoh.
Blog Amir Hamidi - Penulis Pekak

FaceBook

PSD

SOPMA

Pautan CepatPenulis Blog Pekak Malaysia

BlogMalaysia.com

Valid XHTML 1.0 Transitional

Pelawat Hari Ini: 57
Pelawat Semalam: 268
Jumlah Pelawat: 115923
 
© 2004-2010 Amir Hamidi Dalam Talian. Hakcipta Terpelihara.